Lama dah X update cita kan...MMG Bz sgt....In the school holiday...
1st week.............temankan sis Iza kat umah mak..huhuhuhuh mak x balik lagi...
2nd week........... siapkan kelas....dgn bantuan kawan2 yang sentiasa membantu..hampir siap
mural yang dirancangkan..x sbr nak upload gambar nnti...
............ prepare all the documents untuk terima student..
........... dah ada senarai students...agak ramai..14 orang...
............ walaupun dapat seorang guru yang bertukar frm klang...still alone..coz in
january dia still in confinement period...
............. dalam minggu ni mmg mcm2 dh berlaku...tukar keta..dapat got news...
*****x sbr nak update gambar...MCM2 ADA..........
Pendidikan Khas, Anak-Anak Istimewa, Keluarga dan Segala yang boleh dikongsi cerita...SHARING IS CARING
Wednesday, December 1, 2010
Monday, November 8, 2010
Langkah ku Kini...
Sekarang dah Minggu ke-3 aku berada di SMK Aminuddin Baki Chemor...
Apa yang aku dah lakukan sepanjang waktu sesi persekolahan????
- TAKWIM -falsafah/matlamat/misi/visi/nama kelas (on going....)
- Bajet 2011 (procede......)
- Tugas2 guru/ PPM (procede........)
- RPI format/ Lampiran RPI / Analisis Tugasan (procede........)
- Jadual waktu (coming soon...)
- PnP (on going .............)
- menceriakan kelas PPKIP
(memang teruji minda dan segala penat lelah ini apabila terpaksa bekerja sendirian...TAPI...Hakikatnya aku perlu belajar bekerja dengan penuh semangat dan iltizam)
~Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan ku kelak~
I LOVE THIS ~~~~~~~~ "Jadilah Guru Pendidikan Khas Yang Berkualiti Supaya Hidup Lebih Bererti "
Wednesday, November 3, 2010
MUSIMNYA telah tiba...
Salam sayang semua...
Bila anak sakit...ummi pun sakit sama...n bila ummi juga sakit...
sekarang ni dah start musim sejuk...kat UTARA dah BANJIR...kat area sini pun hari2 mendung jer....sidai kain, kering dengan angin yang sepoi-sepoi...ajer..
Dengan cuaca yg mcm ni...biasalah...kak long mula selsema, batuk...mujur adik2 yang lain x...kak long dari kecik kalo demam, batuk mmg lm...(ikut mcm UMMI) huhuhu...moga anak ummi cepat sembuh...Rajin2 mkn ubat k....
Sok nak bawak kak long jumpa dentist..GIGI baru dah nak keluar...(dulu 1st tumbuh gigi masa umurnya 6 bulan...betul lah kata orang tua-tua..:)
Sunday, October 31, 2010
AUTISME
Autisme bermakna kanak-kanak yang sentiasa menumpukan perhatian di dalam dunianya sendiri... Dia mungkin ada gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain dan perilaku emosi.
Perhatikan anak-anak anda jika ada sesuatu yang tidak kena seawal usia mereka 3 tahun...
Antara simptom2 yang boleh diawasi...
1. Percakapan yang amat terhad- tidak jelas percakapannya
- suka mengulang2 percakapan
2. Tidak suka Eye-Contact - sukar untuk mendapatkan perhatian daripadanya.
Mereka tidak suka merenung ke dalam mata kita dan seringkali melarikan pandangan dan menyembunyikan wajah mereka..
3. Hanya boleh buat satu perkara dalm satu masa - Anak-anak ini mempunyai deria yang amat terhad dalam diri mereka . Mereka tidak dapat mendengar dan melihat wajah kita dalam masa yang sama..
4. Tidak suka berinteraksi sosial dengan orang lain
- Anak autistik cenderung bermain sendirian dan lebih gemarkan permainan lego
(menyusun bongkah dsb) -
Mereka amat Kedekut untuk berkongsi barang permainan mereka dengan yang lain..
5. Menganggap sesuatu yang bukan permainan sebagai permainan
- bergantung kepada apa yang mereka minati..
- mereka akan menjadi terlalu obses dengan sesuatu yang mereka gemar..
-hati2lah jika alat itu merbahaya..
***credit : SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)
Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk ‘pintu rahsia’ anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri.Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal.Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula ‘buat perangai’, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.
Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme.Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.
Beberapa Kajian Kes mengenai AUTISME:
1) ANNIE anak yang cukup comel. Dia jarang menangis dan boleh diletakkan dalam buaian berjam-jam lamanya. Tetapi ketika menjangkau umur tiga tahun, perangainya banyak berubah. Dia kerap menunjukkan tingkah laku mengganggu dan jarang ada pertembungan mata (eye contact) dengan sesiapa. Tingkah lakunya amat agresif dan sukar dikawal.
Dengan sedikit sahaja gangguan emosi, dia akan menjerit, berguling di lantai dan menghantukkan kepalanya ke dinding. Seisi keluarga cuba bertolak ansur dan memenuhi kemahuannya untuk mengelakkan kecederaan fizikal. Ibunya berasa letih dan tertekan untuk menjaga dan mengajar anaknya. Atas usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi, tidak juga nampak perubahan yang ketara atas tingkah laku anaknya.
Ibu bapa Annie berasa amat khuatir dan berikhtiar untuk mengubati penyakitnya. Selepas menjalani dianogsis yang rapi daripada pakar, disahkan bahawa anaknya menghidap kecelaruan autistik.
Dengan sedikit sahaja gangguan emosi, dia akan menjerit, berguling di lantai dan menghantukkan kepalanya ke dinding. Seisi keluarga cuba bertolak ansur dan memenuhi kemahuannya untuk mengelakkan kecederaan fizikal. Ibunya berasa letih dan tertekan untuk menjaga dan mengajar anaknya. Atas usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi, tidak juga nampak perubahan yang ketara atas tingkah laku anaknya.
Ibu bapa Annie berasa amat khuatir dan berikhtiar untuk mengubati penyakitnya. Selepas menjalani dianogsis yang rapi daripada pakar, disahkan bahawa anaknya menghidap kecelaruan autistik.
***Apabila seseorang bayi dilahirkan, ibu bapa menaruh harapan untuk menjaga dan menyayangi darah dagingnya dengan sempurna. Pada masa yang sama, mereka berharap anak dapat membalas jasa mereka.
Namun, malangnya dalam setiap 10,000 bayi yang lahir, empat daripada mereka berkemungkinan menghidap kecelaruan autistik.
2) Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar 'echolalia', iaitu mengulangi perkataan orang lain.
Contohnya kalau ditanya 'Annie, sudah makan?'. Dia akan membalas dengan mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata 'Annie, nak makan?'. Dalam kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama.
Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun mereka tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan.
Contohnya kalau ditanya 'Annie, sudah makan?'. Dia akan membalas dengan mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata 'Annie, nak makan?'. Dalam kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama.
Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun mereka tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan.
3) Penulis mempunyai seorang rakan yang anaknya Pennie telah menghidap kecelaruan autistik. Pada peringkat permulaan, pasangan suami isteri ini berasa kecewa dan sedih. Mereka enggan menerima kenyataan.
Namun atas pegangan agama dan azam yang kukuh, mereka telah berubah sikap dan ingin membantu anaknya dengan hati terbuka. Pennie telah dihantar ke sekolah khas ketika berumur 4 tahun untuk menerima pendidikan.
Untuk menjayakan program bimbingan si anak, mereka telah mengambil bahagian secara aktif. Pada hakikatnya, penguasaan bahasa dan keupayaan bersosialisasi merupakan aspek penting dalam segala rawatan atau program yang dikendalikan.
Selepas dua tahun menjalani latihan dari sekolah khas, Pennie menampakkan perubahan yang ketara. Dia lebih ceria, mesra dan tidak lagi begitu agresif.
Selain itu, kanak-kanak itu mulai boleh duduk diam untuk mendengar seketika dan berkomunikasi secara ringkas. Tingkah lakunya yang tidak normal juga banyak berkurangan. Ibu bapa dan guru menggunakan teknik pengukuhan seperti diberi buku bergambar selepas berjaya dalam suatu pembelajaran.
Dari segi perubatan psikososial misalnya, penekanan dari segi komunikasi dan sosiolisasi diberi keutamaan. Untuk perubatan biologikal pula, didapati kesannya tidak begitu baik.
Kebanyakan terapi anak autistik meliputi pendidikan khas dalam bidang komunikasi dan sosiolisasi. Pendekatan tingkah laku didapati paling berkesan dalam membantu penguasaan pembelajaran anak autistik.
Kebanyakan terapi anak autistik meliputi pendidikan khas dalam bidang komunikasi dan sosiolisasi. Pendekatan tingkah laku didapati paling berkesan dalam membantu penguasaan pembelajaran anak autistik.
Apabila dewasa, anak autistik harus digalakkan mengambil bahagian dalam intervensi yang melibatkan komuniti. Ibu bapa anak autistik harus menerima sokongan moral daripada ahli-ahli keluarga dan masyarakat kerana mereka menghadapi tekanan yang tinggi.
Komuniti juga harus bersimpati dan prihatin terhadap anak autistik, menghulurkan bantuan dan sokongan moral supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti orang biasa.
Kepada ibu bapa, jangan sekali-kali berputus asa jika mempunyai anak autistik. Berikanlah rawatan dan pendidikan khas seberapa awal yang boleh kepada anak-anak dan jangan biarkan mereka terabai begitu sahaja.
credit: Google
Artikel Oleh Dr. Tam Cai Lian (Pensyarah di Jabatan Psikologi, Fakulti Kesihatan dan Kesihatan Semulajadi Kolej Universiti Sunway)
***Anak merupakan kurniaan Tuhan. Anak-anak autistik yang malang ini seharusnya menerima limpahan kasih sayang dan sokongan yang tidak berbelah bahagi
daripada ahli keluarganya.
Friday, October 29, 2010
Kami Boleh !!!
Wahai ayah..ibu..guru..dan seluruh insan di alam maya ini...
Berikan kami peluang untuk belajar demi masa depan
Kami MAHU & Kami INGIN
_
Kami perlukan Bantuan & Sokongan untuk terus MAJU
Thursday, October 28, 2010
PPKI(P) SMK TAMBUN
Alhamdulillah lawatan yang dijalankan ke sekolah ini pada 28 october berjalan dengan lancar...
Wajah-wajah yang bakal sentiasa menjadi sumber kekuatanku dalam perjuangan ini...
Terima Kasih kerana sudi menerima kami dari SMKABC
Semoga perjuangan yang bakal kami tempuhi mendapat sokongan dan
kekuatan daripada semua..
Tuesday, October 26, 2010
Tinta Bicara...
Setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain dan pastinya ada program yang dapat memberi manfaat kepada mereka.
Anggapan yang NEGATIF terhadap kecacatan perlu dihapuskan bukan sahaja oleh ibu bapa tetapi juga setiap anggota masyarakat.
Khidmat nasihat perlu diberikan kepada mereka yang terlibat...
Anggapan yang NEGATIF terhadap kecacatan perlu dihapuskan bukan sahaja oleh ibu bapa tetapi juga setiap anggota masyarakat.
Khidmat nasihat perlu diberikan kepada mereka yang terlibat...
Monday, October 25, 2010
Sesuatu yang Perlu KIta Fikirkan...
"Kemuliaan kita yang terbesar tidak terletak pada fakta bahawa kita tidak pernah jatuh, tetapi pada kebangkitan kita setiap kali kita jatuh"
-OLIVER GOLDSMITH-
My Self today
"Kemuliaan kita yang terbesar tidak terletak pada fakta bahawa kita tidak pernah jatuh, tetapi pada kebangkitan kita setiap kali kita jatuh" - OLIVER GOLDSMITH
kadang-kadang hati selalu berkata-kata di mana silap sebenarnya...
Tuesday, October 19, 2010
A New LIFE...
Hari ni dah masuk hari ke-3 saya berada di SMKABC sebagai Penyelaras PPKIBP...so, apa yang telah saya lakukan setakat hari ini???
- Berunding dgn pentadbir lokasi kelas
- Membuat paper work
- Call SMK TAMBUN for Visiting (BENCHMARK)
- Merancang mengikut buku panduan pengurusan
Semoga segala urusan berjalan lancar selepas ini...Doa dari kalian amat diperlukan....
Subscribe to:
Posts (Atom)